jika engkau miskin...senangkanlah pula hatimu...
kerana engkau telah terlepas dari satu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri orang2 kaya....
senangkanlah hatimu kerana tidak ada orang yang hasad dengki kepadamu kerana kemiskinanmu.....
kemiskinan juga adalah nikmat kerana dengannya tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati dan tidak ada pula pintu kebencian....
tiada harapan selain ALLAH...
tiada idola selain RASULULLAH...
tiada kata selain QURAN...
tiada jalan selurus AS-SUNNAH...
tiada perjuangan selain ISLAM....
inginkan mutiara selamilah lautan...
inginkan bahagia tempuhilah penderitaan...
inginkan kejayaan relailah pengorbanan...
ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan...
YA-ALLAH, jika aku jatuh cinta...
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU...
agar bertambah kekuatan untuk aku menyintaiMU..
YA-MUHAIMIN, jika aku jatuh hati...
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU..
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu..
YA-RABBANA, jika aku jatuh hati..
jagalah hatiku padanya..
agar tidak aku berpaling padaMU...
YA-RABBUL IZZATI, jika aku rindu..
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU...
YA-ALLAH, jika aku rindu..
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgamu..
YA-ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasihmu..
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..
YA-ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasihmu..
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU..
YA-ALLAH, jika KAU halalkan aku merindui kekasihmu..
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU..
YA-ALLAH engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah terhimpun dalam cinta padaMU, telah berjumpa dalam taatmu, telah bersatu dalam dakwahMU, telah berpadu dalam membela syariatMU,..
kukuhkanlah YA-ALLAH ikatannya, kekalkanlah cintanya,tunjukkanlah jalan2nya,penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tidak pernah pudar, lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMU dan keindahan bertawakal di jalanMU..AMIN..
No comments:
Post a Comment